Welcome To

SK Lembah Jaya|How To Make Money Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make money online.
Custom Search

Monday, 24 October 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) - Review


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)



Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang bertujuan menghimpunkan data dan akademik murid dengan lebih teratur dan berkesan. Sebelum sistem ini diperkenalkan, KPM menggunakan kaedah mengumpul secara manual melalui sistem SAPR.


Walau bagaimanapun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini masih terlalu awal untuk kita perkatakan. Ianya masih di dalam proses pembaikan demi pembaikan dan mengalami meningkatkan kualiti di dalam talian. Bagi warga pendidik sewajarnya memanfaatkan secara maksimum Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini.


Berikut ialah cara-cara atau  panduan secara ringkas untuk menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Guru Kelas
2.      Akses Kod : Nama Penuh Dalam Huruf Besar
Kata Laluan : 123
Tekan butang Login
3.      Pilih jenis ujian (Contoh UJIAN 1), tekan Masuk
4.      Pada MENU GURU KELAS
Tekan ‘Murid
Kemaskini Murid’ : untuk kemaskini biodata murid, murid pindah kelas dan murid pindah sekolah (PERINGATAN: jangan HAPUSkan murid)
Kemaskini NoKp Murid: untuk membetulkan no KP murid
Tambah Murid : isikan maklumat murid baru
Daftar Murid Pindah: sekiranya terdapat murid yang pindah ke sekolah kita
Label Murid: pilih LABEL MURID dan BIASISWA
Naik Kelas: diisi sebelum sesi pelajaran yang baru, selepas selesai memproses PAT
5.      TekanPeperiksaan
Semak Key-In Markah: untuk semak markah murid yang telah dan belum diisi oleh guru subjek
Lembaran Markah: markah semua mata pelajaran murid
Analisis Pencapaian Murid: untuk semak pencapaian murid
Analisis Mata Pelajaran: untuk semak analisis MP
Slip Keputusan: untuk mencetak slip murid


Guru Mata Pelajaran/Subjek
1.      Ikut langkah 1 hingga 3 di atas
2.      Tekan MENU GURU MP
Daftar MP : Pilih Tingkatan, Kelas, Mata Pelajaran, masukkan Bil Murid Ambil dan tekan butang Hantar.
Ulang sehingga habis daftar semua tingkatan, kelas dan mata pelajaran yang diajar.
Sekiranya ingin edit bilangan murid, tekan pada paparan Klik disini untuk edit bilangan murid setiap subjek di bawah jadual pada muka surat yang sama.
Kemaskini MP: Untuk tukar kelas dan mata pelajaran yang diajar (Contoh: Ujian 1 mengajar BM 1A tetapi PPT tidak ajar lagi)
Markah Peperiksaan: Tekan pada subjek dan isikan markah (PERINGATAN: JANGAN TEKAN ENTER, gunakan mouse atau tab sahaja)
Ulang langkah yang sama untuk kelas seterusnya.
Markah TOV/ETR : Isikan TOV dan Sasaran
Tukar Katalaluan: Isikan sekiranya ingin tukar kata laluan.

·  Sila patuhi tarikh yang dimintakan oleh pihak KPM untuk pengisian markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah bagi setiap ujian dan peperiksaan.



Hadis Muslim

Add to Technorati Favorites

Google+ Followers

Panduan Destinasi Guru