Welcome To

SK Lembah Jaya|How To Make Money Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make money online.
Custom Search

Wednesday, 16 November 2011

Tips Mengurus Kewangan Peribadi Bulanan - Review

Tips Mengurus Kewangan Peribadi Bulanan dan Ilmu Kewangan Peribadi

Salam hormat,

Saya kira masih ada yang tertanya-tanya apa itu Perancangan & Pengurusan Kewangan PeribadiKewangan peribadi juga dikenali sebagai personal finance. Mungkin apabila disebut personal finance, sudah tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah mendengarnya bukan? Tapi kalau Personal Loan, saya sedia maklum ramai yang biasa mendengarnya.

Hmm...yang terpaksa hidup merana dan terseksa kerananya pun ramai bukan! 

Betul tak?

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengurus kewangan peribadi

Pada asasnya ianya merupakan suatu ilmu yang amat bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian. 

Ianya bukan setakat ilmu untuk membuat simpanan dan belanjawan (bajet) bulananbahkan ianya lebih daripada itu! Ini kerana ianya melibatkan pelaksanaan ke atas prinsip-prinsip kewangan berdasarkan sumber-sumber kewangan individu dalam mencapai matlamat kewangan sama ada untuk diri sendiri mahu pun keluarga.

Ianya melibatkan perkara seperti memperoleh pendapatan, membuat simpanan, perbelanjaan, 
perlindungan risiko, pelaburan, perancangan cukai/zakat bagi memenuhi keperluan semasa 
dan masa depan.

Komponen kewangan peribadi termasuk komponen seperti pengurusan aliran tunai, penyediaan pelan perlindungan, pengumpulan harta seperti simpanan dan pelaburan, persaraan sehinggalah pada peringkat pengurusan harta dan wasiat.

Subjek kewangan peribadi merupakan perkara yang selalu diberi perhatian dan diperbincangkan oleh para Perancang Kewangan professional dan sering menjadi tanda tanya kepada orang ramai yang tidak jelas, tidak faham dan kurang arif soal kewangan mereka.

Berita baiknya, hari ini anda juga boleh menguasai asas-asas dan rahsia-rahsia disebalik perancangan dan pengurusan kewangan peribadi anda tanpa perlu mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk setiap sesi rundingan kewangan peribadi anda.

Ya, dengan hanya membayar sekali seumur hidup pada harga yang tak masuk akal (cuma 2 angka, berbanding 4 angka untuk sekali sesi rundingan dengan caj profesional).

Anda insya ALLAH, bakal menguasai ilmu perancangan dan pengurusan kewangan peribadi yang selama ini telah menjadi senjata utama kekayaan hartawan dan para jutawan yang dirahsiakan selama ini.


Di samping merancang dan mengurus kewangan peribadi, kita digalakkan untuk berdoa dan juga mengamalkan sembilan perkara di bawah ini untuk menyebabkan terbukanya pintu rezeki seseorang individu Muslim:


1)   Bertakwa kepada ALLAH
2)   Bertawakkal kepada ALLAH
3)   Membaca "bismillah" dalam setiap urusan
4)   Bersyukur kepada ALLAH
5)   Memperbanyakkan  istighfar dan taubat
6)   Berusaha mencari rezeki menerusi cara yang halal | sepatutnya
7)   Bersikap mulia dalam mencari rezeki
8)   Jauhi pembaziran
9)   Mengikut Sunnah Rasulullah SAW


Mengamalkan zikir dan doa merupakan jalan memperolehi rezeki dan keberkatan. Zikir dan doa juga dapat menghindarkan musibah dan bala. Orang yang beramal secara istiqamah dengan zikir dan doa, dapat mendekatkan dirinya dengan ALLAH SWT dan menjauhkannya daripada syaitan.

Jadi untuk baca dan dapatkannya melalui link berikut :


Hadis Muslim

Blog Archive

Share it

Add to Technorati Favorites

Panduan Destinasi Guru