Welcome To

SK Lembah Jaya|How To Make Money Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make money online.
Custom Search

Tuesday, 22 May 2012

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online | Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online | Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Jabatan Akauntan Negara JANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/penyata gaji secara online di Jabatan Akauntan Negara JANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.




Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan kakitangan awam boleh dibuat di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara  JANM seperti di bawah:

Semakan e-Penyata Gaji dan Laporan Kakitangan Awam Secara Online



Langkah-Langkah Menggunakan Aplikasi Semakan e-Penyata Gaji  Jabatan Akauntan Negara JANM:

Mendaftar Terlebih Dahulu:



  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke Jabatan Akauntan Negara JANM.
  • Klik pada paparan e-penyata gaji untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar "
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai


  • Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji

    Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.



  • Pergi ke Semakan e-Penyata Gaji JANM atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia 
  • Klik pada paparan ‘ e-penyata gaji ' untuk ke halaman login.
  • Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Klik “ Daftar masuk “
  • Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  • Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  • Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  • Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  • Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  • Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  • Selesai, semoga berjaya.


  • Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI 




    Hadis Muslim

    Add to Technorati Favorites

    Google+ Followers

    Panduan Destinasi Guru