Welcome To

SK Lembah Jaya|How To Make Money Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make money online.
Custom Search

Wednesday, 17 October 2012

Kepentingan Belajar Fardu Ain - Ustaz Azhar Idrus


Kepentingan Belajar Fardu Ain - Ustaz Azhar Idrus




-Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, 
untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat 
melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." 
[HR Tarmizi]


2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu,

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" 
[Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]


3.Banyak Sabar,

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." 
[Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]


4. Tulis setiap yang dipelajari,

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]


5. Tawadhu',

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." 
[Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]


6. Menjahui dari makan banyak,

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." 
[Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]


7. Tidur yang sedikit,

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." 
[Az Zariyat 51 : 15 -- 18]


8. Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam.



Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً" Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)

PAHALA yang diterima oleh mereka yang menyebarkan ILMU berkekalan hingga ke AKHIRAT selagi manusia mendapat MANFAAT daripada ILMU yang disampaikan itu.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Apabila matinya seorang anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali TIGA perkara iaitu, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT dan DOA ANAK YANG SOLEH"
(Riwayat Imam Muslim termasuk Imam Ahmad

Hadis Muslim

Blog Archive

Add to Technorati Favorites

Google+ Followers

Panduan Destinasi Guru