Welcome To

SK Lembah Jaya|How To Make Money Online. This site provides education information also tips and techniques for beginning bloggers in order to make money online.
Custom Search

Friday, 23 November 2012

Bagaimanakah Cara Membuat Aqiqah Dengan Betul? - Ustaz Azhar Idrus


Bagaimanakah Cara Membuat Aqiqah Dengan Betul? - Ustaz Azhar Idrus



Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً" Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)

PAHALA yang diterima oleh mereka yang menyebarkan ILMU berkekalan hingga ke AKHIRAT selagi manusia mendapat MANFAAT daripada ILMU yang disampaikan itu.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Apabila matinya seorang anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali TIGA perkara iaitu, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT dan DOA ANAK YANG SOLEH"
(Riwayat Imam Muslim termasuk Imam Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa saja yang menyeru manusia pada hidayah, maka ia mendapatkan pahala sebesar yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka. "[HR. Muslim]

No comments:

Hadis Muslim

Blog Archive

Add to Technorati Favorites

Google+ Followers

Panduan Destinasi Guru